Sunday 8 January 2012

SEBAB KENAPA PEREMPUAN MERAJUK & CARA MEMUJUK~


 
hye hye . sihat semua ? huhuuu 
hari ni entry memang titop , kan ?
ni lah yang lazim berlaku pada kaum hawa di dunia ini . 
ni sebenarnya musyux copy dari blog ni Halaqah . 
entry dia semua best-best . tu yang musyux copy and paste kat blog musyux .  hehehee
tak segan nyee . huhuu . sory ehh , copy entry ni . 
meh kita baca sama-sama . especially untuk lelaki .


SEBAB KENAPA PEREMPUAN MERAJUK & CARA MEMUJUK 

1. Cemburu
Top of the list. Pasangan sering merasa cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya ataupun mendekati anda. Seperti kawan-kawan, keluarga, teman sepejabat dan sebagainya.

2. Yang diingini tidak kesampaian
Anda tidak memberikan apa yang pasangan anda mahukan. Sebagai contoh, si dia berkenan pada gelang tangan di ruang pameran, tetapi anda memilih untuk membelikan cincin. Sudah tentu pasangan anda menarik muka masam.

3. Ada yang lebih hebat dari dia
Merajuk merupakan cara paling mujarab untuk menarik perhatian anda. Kerapkali si dia merajuk disebabkan oelh sesuatu yang membuatkannya marah atau tidak selesa. si dia memerlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang amat berbeza - merajuk

MACAM MANA NAK PUJUK ? 

Kita sudah kupas mengapa pasangan merajuk. Kita lihat pula bagaimana untuk memujuk. Tips yang diberi hanyalah sebagai panduan dan ianya bukanlah langkah-langkah untuk memujuk.

1. Sentiasa memberitahu yang sebenar
Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.

2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan.
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.

4. Dendangkan lagu untuk si dia.
Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana anda menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama - sama anda!


awak semua boleh try tips ni . 
Good Luck . wink wink  


No comments: